Selamat Hari Lahir Mek....
2/4/2011.Hari ni genap umur mek 59 tahun. Selamat hari lahir mek..
Ya Allah... panjangkanlah usia ibuku, sejahterakanlah hidupnya, berikanlah ibuku kesihatan yang berpanjangan,, moga-moga dia tabah dalam menghadapi dugaan hidup ini.
Amin Ya Rabbal alamin...
Sempena hari lahir mek ke 59 tahun ni, anak mek ni bagi tahu satu dunia,, anak mek rindu sangat kat mek. Rindu sangat. Rindu sangat-sangat. Sangat-sangat rindu.
Anak mek nak pohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki, dari dalam rahim mek, sampailah dah agak tua ni,. Banyak sangat dosa anak mek ni dengan mek. Maafkan anak mek ni yer.
Mek, kan bes kalau dapat cium mek malam ni, anak mek ni betul-betul rindu kat mek. Mek, sabar tau. Anak mek tau tahun ini banyak sangat dugaan menimpa kita. Semua itu dugaan dan ujian dari Allah S.W.T. Semua yang berlaku ade hikmatnya.
Mek, anak mek ni sayang mek tau. Biarlah mek tak dapat jadi doktor, akauntan, guru, anak mek ni tak kisah, mek tetap ratu di hati anak-anak mek semua.
Mek, anak mek tau mek bukan boleh baca pon entry ni, kat rumah bukan ade internet pon. Kalau ade pon mek tak dapat baca gak, coz mek pandai baca Jawi jer.. Anak mek tetap bangga tau ngan mek.
Mek, kat bawah ni,, anak mek tujukan tok mek tau. Ikhlas dari hati yang murni. Anak mek kirimkan semua ni dalam doa, moga-moga Allah S.W.T perkenankan doa anak mek ni.. Mek, anak mek rindu mek.
Mekar rindu kerana manisnya
Mekar bunga kerana madunya
Mekarlah rindu, mekarlah bunga
Terangilah setiap yang bernyawa
Rindulah pada berhak dirindu
Rinduku pada mu wahai ibuku
Ku titipkan dalam doa
Semoga mekar hingga ke syurga
Ya Allah S.W.T rindu ini ku kirimkan untuk ibuku,titipkan mekar-mekar rindu dalam setiap patah doa. sesungguhnya, aku amat rindu akan ibuku. amin..